LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (KEJURURAWATAN U29)
Hai, Assalamualaikum semua!
Selepas daripada perkongsian pengalaman sebagai pelajar
ILKKM yang setakat 2 minggu itu di Instagram, ramai bertanya untuk tahu lebih
lanjut mengenai:
1. Apa itu Latihan Separa Perubatan
2. Bagaimana memohon
3. Pengalaman Temuduga
4. Maklumat-maklumat tambahan
5. Kenapa berhenti
"Secara profesional khidmat diberi, kecemerlangan
matlamat kami. Dimana pun jua, di setiap waktu..kami sedia membantu" -Kami
Sedia Membantu
Selamat membaca!
1. Apa itu Latihan Separa Perubatan
Basically, latihan separa perubatan adalah program di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengambilannya dikelolakan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam. Segala jawatan yang berkhidmat di hospital seperti Jururawat
(staff nurse, pergigian, masyarakat) , Juru X-Ray, Pembantu Perubatan, Ahli
Farmasi dan lain-lain perlu menjalani latihan separa perubatan mengikut taraf
dan kategori yang ditetapkan. 3 tahun untuk latihan bertaraf diploma, 2 tahun
untuk latihan bertaraf sijil. Antara kelebihan memasuki institusi secara terus
di bawah kementerian kesihatan ini seperti yang dinyatakan adalah:
Elaun bulanan, kontrak bersama kerajaan, kelebihan sebagai
penjawat awam semasa bergelar pelajar dan keutamaan di dalam lantikan
berjawatan tetap selepas tamat latihan.
2. Bagaimana Memohon
Permohonan boleh dibuat secara terus melalui portal rasmi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pengambilan pelajar ke ILKKM atau KSKB
adalah bergantung kepada keperluan KKM dan pengambilan pelajar tidak seperti
Universiti yang dilakukan setiap tahun. Sentiasalah mengikuti perkembangan
pengambilan di Facebook rasmi SPA dan mengemas kini akaun SPA anda. Sekiranya
sudah memohon SPA, jangan pula tak mahu ke mana-mana IPTA dan berharap anda
akan terpilih secepat mungkin. Had umur menjadi pelatih adalah 18tahun-25tahun.
Sekiranya anda terpilih, anda akan dipilih di antara usia tersebut. Semasa
menjalani kehidupan sebagai pelatih, anda akan bersama dengan individu-individu
yang berlainan usia dan latar belakang, berkemungkinan yang sudah berkahwin dan
seorang ibu :)
3. Pengalaman Temu Duga
Sebelum di panggil temuduga, anda akan melalui 3 peringkat
pemilihan.
1. Permohonan
(Semasa menghantar
permohonan juga, penapisan akan dimulakan)
2. Ujian Online
(Pelatih yang berjaya di tapis semasa permohonan perlu
menduduki peperiksaan online. Terdapat dua bahagian, Ujian Psikometrik dan
Ujian Pengetahuan Am. For me, pengetahuan am perlu study)
3. Panggilan temuduga
(Calon yang berjaya peperiksaan akan dipanggil temuduga.
Sekiranya anda tinggal diselatan, pastikan semasa mengisi borang permohonan
anda menanda petak temuduga zon selatan. Me, dulu di Pusat Temuduga SPA di
Menara Ansar Johor Bahru)
4. Keputusan Temuduga
(Calon yang berjaya akan mendapat email dan surat daripada
Suruhanjaya Penjawat Awam :) segala langkah seterusnya akan diperoleh melalui
email dan perlu diselesaikan sebelum melapor diri.
SEGALA MAKLUMAT TEMUDUGA ADALAH BERDASARKAN YANG DITERANGKAN
OLEH PENEMUDUGA
4. Maklumat-Maklumat Tambahan
Bergelar pelatih ILKKM, identiti sebagai penjawat awam perlu
sentiasa diberi perhatian. Kelebihan GL di wad kelas kedua hospital kerajaan
akan diberikan sekiranya perlu mendapatkan rawatan. Elaun bulanan sebanyak
RM800++ akan diberikan untuk menampung pengajian. Lantikan ke sektor awam
dijanjikan, tetapi perlu menunggu untuk beberapa tempoh (isu besar semua
pelatih kerana ada yang perlu menunggu hampir 4 tahun kemudian baru dilantik
sebagai jururawat U29)
Pengurusan setiap kolej adalah berbeza. Jadi, tidak perlu
lah anda mendapatkan maklumat daripada pelatih dari kolej yang berbeza. Latihan
Klinikal adalah setiap semester, bermula daripada semester pertama.
Surat perjanjian bersama kerajaan adalah perkara paling
penting. Pastikan anda mengikut arahan dengan betul. Sekiranya surat perjanjian
ini telah dihantar dengan lengkap, anda akan terikat sepenuhnya dengan syarat
yang telah dinyatakan. Menarik diri akan menyebabkan anda perlu membayar denda
sebanyak RM110 ribu kepada pihak kerajaan kerana telah melanggar kontrak.
Tempoh selama sebulan akan diberikan untuk anda menguruskan dokumen dan
berfikir dengan baik setelah menempa alam baru di kolej anda. Pemeriksaan
kesihatan juga berbeza dengan pemeriksaan masuk ke universiti yang biasa.
Terdapat ujian dadah, hepatitis dan hiv. Sekiranya pemeriksaan dilakukan di
sektor swasta, perbelanjaan akan menelan sebanyak lebih kurang RM200-RM300.
Untuk maklumat tambahan lain, akan diberikan oleh pengurusan
kolej kalian :)
5. Kenapa Berhenti
I am not fit in the system :)
I can't force myself. This is not what I'm going to do for 3
years and forever.
I can't write it here. Maybe you guys can email me :)
and I will share the
main reasons to you
AKHIR KATA, SELAMAT MAJU JAYA KEPADA RAKAN-RAKAN PELATIH
JURURAWAT U29 DAN YANG BAKAL MELAPOR DIRI SEBAGAI PELATIH
"KAMI SEDIA MEMBANTU"
my sister unemployed 3 years already. from ilkkm too. some more from private also dont have opportunity even dean list
ReplyDeleteDon't give up :)
Delete