TEMUDUGA ASASI TESL UiTM



Okay everyone, today I would like to share my experience during the Interview for Foundation in TESL at Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Okay, aku lupa tarikh pergi interview bila but someday in April 2017. Aku pilih Asasi Tesl in my UPU application list dan ya ini adalah salah satu jurusan yang perlu ditemuduga untuk melayakkan anda semua ke bidang ini. Jadi, setelah keputusan panggilan temuduga keluar aku semak di laman web UiTM dan nama aku tidak berjaya. Pada mulanya, aku agak pelik kenapa nama aku tidak disenarai pendekkan dan aku cuba semak nama aku setiap hari dalam masa 4 hari berturut-turut. 3 hari nama aku ditulis sebagai TIDAK BERJAYA. Tetapi, tidak tahu kenapa pada hari Ke-4 nama aku secara tiba-tiba muncul dan tertulis TAHNIAH anda dipanggil untuk menghadiri Temuduga. Lebih kurang begitulah ayatnya. Aku pun menjerit tidak keruan dan aku kembali memikir. Selama tiga hari sejak keputusan temuduga keluar, nama aku tidak tersenarai tapi kenapa hari ke-4 baru ada? Tak apalah, mungkin rezeki atau mungkin sistem kesian dekat aku sebab hari-hari taip nama tapi tak keluar. Hahaha! 

Jadi, setelah mencetak semua keperluan, aku sediakan semua dokumen yang diarahkan. Kepada junior yang akan menghadiri interview please jangan lupa minta golongan yang berkaitan untuk menandatangan sijil yang dikehendaki. Baca arahan dengan teliti ok! Tak perlu pening kepala, jumpa sahaja pengetua sekolah lama anda. Minta beliau sahkan sijil anda. Jangan menyusahkan pihak universiti pada hari kejadian ya! 

Apa yang anda perlu sediakan selain dokumen yang berkaitan? Of course, yourself! Perkara paling penting untuk anda semua lakukan adalah, bersedia. Setibanya anda di kampus yang ditetapkan, sila cari nama anda di bilik mana yang akan anda ditempatkan. Macam aku, pada mulanya aku cari nama aku disetiap pintu bilik kuliah tapi TIADA! Rupanya, nama aku merupakan nama pertama. Aku tak expect nama aku akan jadi nama pertama sebab aku memang tak baca dari nombor 1. Aku terus baca nama yang ditengah-tengah hingga akhir. 

Temuduga ini terbahagi kepada dua sesi ya. Pertama sekali, ujian bertulis. Anda semua akan menjawab soalan objektif dan membuat essay dalam masa sejam sahaja. Sila manfaatkan waktu dan baca soalan dengan teliti. Jangan ingat soalan objektif itu mudah ya, soalan yang diberikan sejujurnya menggunakan bahasa tinggi yang jauh bezanya dengan standard SPM. Kemudian, terdapat essay yang memerlukan anda menulis lebih 250 patah perkataan. Apa yang aku ingat, aku dapat tajuk mengenai kelebihan laman sosial. Ya, mungkin mudah tapi kalau masa tinggal sipi-sipi, nak mengejakan pun jadi panik. So, time management sangat penting. 

Sesi kedua, adalah temuduga. Disebabkan nama aku adalah yang pertama , aku sememangnya bukan setakat kecut perut malah organ aku turut mengecil. Ok tidak lawak, ini jujur. Alhamdulilah, aku mendapat penemuduga yang sangat sempoi. Apa yang aku ingat, pada awalnya aku ditanya dengan soalan simple seperti nama, dari mana, hobby, family dan semua mengenai diri sendirilah. Kemudian, baru disoal mengenai satu topik. Aku disuruh mengulas mengenai PEMBULIAN SIBER. Ha, kelu lidah nak speaking pasal isu macam ni. Aku cuba beri pendapat dan aku tahu pendapat aku adalah sangat tidak strong ditambah aku boleh pula hayun kaki semasa menjawab pertanyaan yang diberikan. Aduh, attitude yang teruk. Sila ingat ya, melalui cara anda duduk pun anda sudah mula dinilai. Kemudian, bila Puan tersebut tengok aku macam takde point strong yang mampu aku ulaskan, Puan tu pun suruh aku cakap apa pengalaman aku dekat sekolah. Ha, that time aku cakap tak berhenti. Then, muncul lagi soalan. Puan tu tanya apa yang pernah cikgu aku buat yang aku ingat sampai sekarang dan lakukan perkara itu sampai ke hari ini, maksudnya sampai dah habis sekolah. Ha sudah, aku nak tercekik lagi.
Aku jujur dan cakap " There's a lot and I can't even name one" Tapi aku rasa terpanggil untuk cerita macam mana sekolah melatih aku untuk menjadi orang yang mampu menguruskan event sampai aku berjaya buat event sendiri di PDK Seri Gemilang without orang dewasa yang bantu, cuma aku dengan kawan-kawan sahaja. That time, aku seronok gila cerita dan aku sempat promote IG dan Instagram aku so Puan tersebut tak lah ingat aku menipu. Ada bukti aku buat social work yang aku ceritakan.  Seronok bercerita, akhirnya habis. Aku pun keluar dengan muka yang aku tak pasti sejenis apa. Pelajar lain tiba-tiba panggil aku dan tanya, apa yang disoal. Aku jujur, aku tak jawab soalan dengan baik pun. 

Kemudian, apabila keputusan UPU sebenar keluar. Aku TAK DAPAT PUN ASASI TESL. 
HAHAHAHA. 
Aku ditempatkan di Diploma Sains Gunaan, UiTM Tapah. Agak kecewa sebab aku dah tak sanggup mempunyai 'hubungan' dengan sains. Jadi, berdasarkan apa yang diceritakan, sedikit sebanyak dapatlah membantu adik-adik yang akan ke temuduga TESL kemudian hari. Jangan jadi macam akak ni. HAHAHA. Then, FYI I'm not going to UiTM Tapah for that Diploma. I'm going to University Selangor and choose Diploma In TESL. Guys, it's really great you know. Even the assignment is quite frustrating, but what is the meaning of being university student without assignment right?
Then, sila pastikan anda minat dengan bidang yang anda pilih. Jangan terjun sahaja. Asasi ni, bukan tempat pelajar main-main. Anda akan ditempatkan sekiranya anda benar-benar layak sahaja. Rakan-rakan anda di sana nanti juga merupakan golongan yang layak. Kalau minat, percayalah anda dapat lakukan dengan baik.

UPDATE: Aku stay UNISEL dua semester sahaja lepastu aku ke UITM Dengkil juga tapi untuk ASASI UNDANG-UNDANG


Comments

Post a Comment

Popular Posts