Apa itu IPTA/IPTS dan UPU?
Hari
ini, diri yang menulis di sini mahu membantu adik-adik yang masih
bingung mengenai 'Perjalanan selepas tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia'
Kepada
adik-adik yang belum mengambil SPM, akak nasihatkan tak perlu over
memikirkan haluan pembelajaran anda. Habiskan satu-satu.
Step
by step. It doesn't mean you don't need to think about your plans or
even your future. You actually, MUST set up your own goals but please
make sure that you already settle up your current matters.
Kepada
yang mengambil UPSR atau PT3 (I'm the first batch student of PT3) saya
nasihatkan anda, berusahalah dengan jayanya tetapi janganlah mudah putus
asa hanya disebabkan peperiksaan tersebut. Sedangkan SPM pun masih
ramai yang mengatakan "SPM bukan segala-galanya, TETAPI ingatlah bahawa
segala-galanya bermula daripada SPM" Jadi, relax and just follow the
flow. Percayalah pada rezeki yang telah dijanjikan oleh Allah. Rezeki
tu luas dik, jangan disebabkan satu kegagalan kau terus set up in your
minds yang kau tak akan berdiri setanding manusia yang hebat di luar
sana. Akak pukul kau kang kalau kau ada pemikiran macam tu. Sebelum nak
putus asa, fikir orang yang banyak invest untuk besarkan kau sampai ke
tahap sekarang. Ok?
So,
lepas SPM kita akan memohon untuk further studies ke universiti kan?
Jadi, untuk adik-adik yang mahu melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam
seperti UiTM, UTHM, UTM, UM, UPM dan banyak lagilah, anda semua perlu
memohon melalui UPU. Ha, disini ada sedikit perkongsian senarai
Universiti Awam di Malaysia atau dikenali sebagai IPTA ( Institut
Pengajian Tinggi Awam). Universiti Awam adalah universiti yang
dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Bila cakap kerajaan, of
course murah dan pendidikan yang diberikan diiktiraf! Jadi, untuk
senarai
public universities in Malaysia you guys boleh baca di blog ini :
http://eputra.com/senarai-ipta-universiti-di-malaysia/
Link tersebut menyenaraikan UNIVERSITI AWAM sahaja. Jangan lupa, POLITEKNIK dan KOLEJ KOMUNITI juga adalah sebahagian daripada IPTA dan perlu dimohon melalui UPU.
Link tersebut menyenaraikan UNIVERSITI AWAM sahaja. Jangan lupa, POLITEKNIK dan KOLEJ KOMUNITI juga adalah sebahagian daripada IPTA dan perlu dimohon melalui UPU.
Untuk menjadi sebahagian pelajar IPTA, anda perlulah membuat permohonan melalui UPU. Berbeza pula sekiranya anda mahu ke Universiti Swasta atau dikenali sebagai IPTS (Institut Pengajian Tinggi Swasta) anda tidak perlu memohon melalui UPU. Anda boleh membuat permohonan melalui laman web rasmi IPTS tersebut. Tidak dinafikan banyak perbezaan di antara IPTA dan IPTS terutama sekali adalah kos. Tetapi, pembelajaran IPTS adalah sama seperti IPTA. Cuma diingatkan bahawa sekiranya adik-adik ingin ke IPTS adalah lebih baik adik-adik memastikan IPTS tersebut mempunyai MQA dan diiktiraf JPA.
Untuk semak sama ada sesebuah IPTS itu mempunyai JPA atau tidak, adik-adik boleh ke laman web ini :
https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php
Antara IPTS yang terkenal di Malaysia adalah : Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Selangor (UNISEL), Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan lain-lain. Boleh klik di sini untuk melihat senarai IPTS di Malaysia:
http://www.panduanmalaysia.com/2016/01/senarai-ipts-berdaftar-malaysia-terkini.html
Ok, apa itu UPU?
UPU adalah sebuah sistem atas talian yang membolehkan anda memohon untuk menjadi seorang pelajar di IPTA. Untuk memohon anda perlu membeli nombor PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) pada sekian tarikh dan waktu. Untuk mengetahui bila nombor pin UPU mula dijual, anda boleh follow laman instagram milik bahagian pengurusan kemasukan pelajar ini :
https://www.instagram.com/kemasukanbpkp/?hl=en
semuanya akan di update di situ termasuk harga nombor pin tersebut. Tak silap, lebih kurang RM15.00
Kemudian, barulah anda boleh masuk ke laman web tersebut dan memohon. Jangan risau, akan disediakan panduan untuk memohon di laman web tersebut. Jadi, sila baca dengan teliti. Untuk lebih mudah juga, anda dinasihatkan menyemak kelayakan keputusan anda agar anda tidak silap memilih jurusan yang tidak berketepatan dengan keputusan anda.
Nombor pin UPU dan MATRIKULASI adalah berbeza. Nombor pin UPU adalah untuk anda menyambung pelajaran ke IPTA dan nombor pin MATRIKULASI adalah untuk memohon menyambung pelajaran ke MATRIKULASI sahaja. Jadi, tidak sama. Jika anda mahu mencuba memohon kedua-duanya, anda perlu beli kedua-dua nombor pin tersebut. Berbeza dengan Tingkatan 6. Anda tidak perlu memohon kerana sekiranya anda layak, anda akan secara automatik mendapat surat tawaran ke tingkatan 6 dan akan dinyatakan sama ada anda akan ke jurusan KEMANUSIAAN atau SAINS ( Akak dulu dapat form6 jurusan sains ) sekiranya anda tidak ditawarkan ke tingkatan 6, anda masih boleh mengemukakan rayuan. Ada orang kata, sekiranya kita mendapat tawaran matrikulasi, kita tidak akan dapat tawaran tingkatan6. Jika kita mendapat tawaran tingkatan 6, kita tidak mendapat tawaran matrikulasi. Tidak pasti betul atau tidak, sekadar perkongsian. Katanya, matrikulasi dan tingkatan 6 berada di bawah satu link yang sama. Actually, akak tak apply matrikulasi pun so dapatlah Form6 Sains. Eee, tak sanggup rasanya!
Setelah keputusan UPU diumumkan, anda boleh menyemak keputusan melalui online ataupun SMS. Percayalah, pada hari pengumuman keputusan anda akan mengalami masalah untuk melayari web tersebut kerana sistem akan 'HANG'. Terlalu ramai pelajar yang mahu menyemak dalam masa yang sama. Jadi, kesabaran amatlah penting. Satu sesi akan keluar SATU pilihan sahaja. Maksudnya, SATU universiti atau politeknik atau kolej komuniti. Jika anda mendapat tawaran politeknik, politekniklah IPTA yang telah menerima anda. Anda tidak akan mendapat bermacam tawaran universiti dalam satu masa. Kalau ada orang cerita, dia pernah mendapat tawaran UiTM, UPM dan UM serentak ketika UPU, itu tipu. Keputusan UPU untuk pelajar lepasan SPM/STPM tidak begitu. Jadi, jangan membongak. Tetapi, jika anda gagal mendapat tempat di IPTA. Jangan risau, akan terdapat sesi rayuan. Cuba lagi ok?
Jika masih tidak berjaya mendapat tempat ke IPTA. Masih banyak peluang, seperti ke Form6 dan IPTS yang berpatutan. Belajar di mana-mana sama dik oi. Jangan bezakan tempat belajar, tujuan kita semua sama. Iaitu menuntut ilmu. Niat betul, InshaAllah akan Allah bantu.
Ok, itu sedikit penjelasan mengenai IPTA, IPTS dan UPU. Semoga memberi manfaat kepada adik-adik yang bakal ke alam Pengajian Tinggi. Jangan seronok sangat dah habis sekolah, dulu akak seronok sangat habis sekolah sampai ego kononnya tak akan rindu langsung suasana sekolah. Tapi akhirnya tewas. Bukan akak sahaja, sama juga rakan seangkatan. Menjadi mahasiswa/mahasiswi adalah saat yang jauh lebih berat daripada menjadi pelajar sekolah. Sudahlah berjauhan dengan keluarga, pengurusan wang lagi, masalah dalaman itu ini yang tidak dapat dielakkan. Just, accept je lah kan.
Jadi, semoga berjaya!
< Lot's of Love>
Thank you kak...
ReplyDelete:)
Deletehelpful sangat. good!
ReplyDeletewow betul-betul buat research ni
ReplyDeleteSaya dah beli pin UPU. Saya nak tanya pin tu ada expired date tak? Sbb saya risau saya beli awal sngat result belum keluar lagi hehhe..
ReplyDeleteAda dan dah tertulis dekat slip number tu. Tapi jangan risau, boleh guna sampai result keluar nanti
DeleteI've learn quite a lot thank you so much for putting this up especially for someone like me, hopefully if I have more questions to ask in the future it would be great to get my answers here. Again thank you for the hard work into making this blog and have a nice day. (。・ω・。)ノ♡
ReplyDeleteP. S. Literally results is coming in tomorrow 😅 haha. Wish me luck.
You’re welcome, dawn. I pray for your journey :)
Deletethank you ats maklumat yg di share kat ats,,,berguna sgt,,,so heplful.. :)
ReplyDeleteYou’re welcome :)
Delete