You’re not coward!




As human beings, it’s normal for us to have something that we can’t really stand for. We don’t want to give up but that’s the only option that we have to avoid being hurt. When we quit, it doesn’t mean we’re weak. 

Sometimes aku rasa tak salah untuk putus asa, cuma akan salah kalau dah putus asa terhadap sesuatu dan tak cuba benda baru. Manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing dan kita semua maklum dengan perkara tersebut, tapi kita masih sempitkan fikiran dan asyik menilai keburukan orang, kenapa ya? 
Well, we are humans.
Can't avoid mistakes. 

For me, bila kita down benda pertama yang kita kena check of course hubungan kita dengan Tuhan. Sebab semua benda datang dari Dia. So, if anything happens the one that we need to refer must be Allah Almighty. The same goes for other religions. Then, aku selalu put my family on top of my heart, life and everything. Without them, I am really nothing. Klise lah benda ni sebab semua orang will put family at the first place kan. But, ramai je still daydreaming and put your 'future partner' yang belum tentu lagi tu at the first place. Cehhh, belajar lah chill kalau in relationship. Semua orang bercinta, rilek rilek lahhh :) 
(Ok, macam tersasar dari tujuan penulisan asal -_-)

Dan marilah kita ubah perspektif kita terhadap individu yang tiada latar belakang pendidikan. So what? Kalau dia tak further studies, so what? Itu pilihan kan? Biarlah dia decide apa yang dia nak untuk life dia. Tak perlu ada pemikiran yang kononnya menilai orang yang tiada pendidikan tu, umpama macam kurang satu talian hayat untuk dia survive di dunia ni. Come on lah people. In this century, apa yang kita perlu adalah duit. Kita sebenarnya belajar untuk dapatkan certification pun untuk duit. Sebab apa? Sebab bila ada great career, of course pendapatan pun lumayan. Itulah mentalitinya. Sedangkan kita semua sama sahaja. Semua nak cari duit. Cuma cara kita cari duit berbeza. Kenapa nak menilai bukan-bukan dengan orang yang agak berbeza daripada kita? Perbezaan dia dan kita bukanlah satu benda yang negatif. Tapi sometimes tak ada sebarang 'kenegatifan' pun people still cakap bukan-bukan.

Bila sebut pasal minat, semua orang minat berbeza. Pernah kan jumpa orang yang dapat peluang hebat tapi tolak sebab minat benda yang lain? dan benda yang dia minat tu tak sehebat macam peluang yang dia dapat. So, kalau dia refuse to choose that chance yang dia dapat, so what?! Itu decision dia, orang lain yang tak menyumbang apa-apa just quiet lah! Sibuk nak hentam macam dia lah penetap rezeki sekalian alam (Really can't standlahhh) 
Tapi, nak membebel dan bising banyak-banyak pun not really worth because people will keep talking. When the time comes, they will shut up. But then repeat the same thing when you make a mistake again.  HAHAHA. Satu je lah nak pesan, kita hidup bukan untuk puaskan semua orang
 (Tapi kalau kena kutuk siapa je tak hati tisu kan? Ayooo -_-) 

Kita semua di satu medan perjuangan yang sama. Berhentilah merendahkan orang lain. Dalam hidup kita ni, cukuplah untuk kita capai apa yang kita mahu. Jangan hidup untuk jadi hebat dengan niat nak lebih tinggi daripada yang lain. Tenang ke jiwa bila ada sifat hasad ni? 
(Tak tenang beb sebab aku ada juga dengki dengan kawan HAHAHAHA #manusiabiasa) but then, we still can change, right? Better try than never. 

Jadi pengakhirannya, marilah sama-sama berusaha sejaya yang mungkin agar kita dapat mencapai life goals kita. Dari kecik 'bercinta' dengan impian masing-masing, so don't you want to make it happen? Alaa try je lah, fikir je yang ramai orang berjaya pun bukan dengan sekali percubaan.


Lastly
Hope you guys have a nice day :)



Comments

  1. Replies
    1. akak sorry tau kalau banyak sangat komen sebab suka dengan blog akak ni.Akak orang mana?

      Delete
    2. Terima kasih
      From Johor btw😊

      Delete

Post a Comment

Popular Posts