KEHIDUPAN DI UNIVERSITI



Jadi pada 8 Julai 2017, bermulalah life sebagai seorang mahasiswi. Sejujurnya, sangat tidak sangka sudah bergelar seorang mahasiswi dan semakin sedar umur bertambah. Berada di umur permulaan seorang remaja sememangnya perlu lebih banyak berhati-hati berbanding melebihkan keseronokan. Zaman remaja adalah zaman emas setiap manusia! Well, at this age we can do a lot of things with your friends and somebody you know as well.

Bercakap mengenai universiti, soalan paling biasa ditanya adalah “Belajar di universiti mana?” then, the next question must gonna be “Amik course apa?” Aduh! Kalau anda seorang yang bertuah dapat belajar di IPTA terkemuka sudah tentu tiada masalah untuk menjawabnya. Cuba bayangkan bagaimana golongan yang ke IPTS? Sememangnya mereka yang kurang berilmu akan mengecop anda sebagai seorang yang TIDAK PANDAI TAPI NAK MASUK UNIVERSITI. HA HA HA!


Hello, honestly I’m a part of IPTS students too! Seriously, I can’t accept if someone said that I’m that kind of person. I mean, seseorang yang tak pandai tapi nak masuk universiti. Cis, jangan anda pertikaikan pencapaian akademik seorang pelajar IPTS ok! Seorang pelajar bebas memilih universiti yang mereka mahu. Bercakap mengenai pemilihan universiti, saya juga berjaya mendapat tempat di Universiti Teknologi MARA dalam program Diploma Sains, Fakulti Sains Gunaan. Then, why I’m not going to UiTM? Because I don’t want to have any ‘relationship’ with science anymore. Two years as a science student is enough for me! Sebenarnya bukan tak boleh, Cuma tak mahu mengambil risiko. 

So, saya beralih lah arah mencari IPTS yang memiliki kelayakan yang sempurna. Untuk pengetahuan semua, bukan semua IPTS di Malaysia ini 'tak laku' sijilnya. Kalau tak laku, mana mungkin tertubuhnya universiti dan kolej tersebut. Tetapi, tidak dinafikan ada sahaja IPT yang sedemikian. Berpenat lelah memerah akal fikiran, akhirnya tidak mendapat kelayakan untuk bekerja. Ok, I'm going to share some tips about how to choose a right private college/university.

1. Memiliki MQA ( Malaysian Qualification Agency)
Ha yang ini tersangat penting. Adanya MQA ini, dapat membuktikan IPT tersebut telah diiktiraf oleh pihak yang memberikan kelayakan mengenai pendidikan di peringkat tinggi.

2. Diiktiraf JPA ( Jabatan Perkhidmatan Awam)
Bagi mereka yang mahu bekerja di sektor kerajaan, pengikitirafan JPA adalah tersangat penting. Sekiranya program anda mempunyai MQA tetapi tidak memiliki JPA, ia tidak menjamin anda layak untuk bekerja di sektor kerajaan. Oleh itu, anda perlu semak nama universiti/kolej anda di laman web JPA dan pilih program yang bakal anda jalankan. Sekiranya tersenarai, anda boleh meneruskan pengajian anda di IPTS tersebut dengan senang hati.

3. Harga
Ini adalah perkara yang amat dititik beratkan sekali. Walaupun digelar IPTS, tidak semestinya harga program yang ditawarkan perlu mencecah puluhan ribu ringgit yang tidak masuk akal. Jika anda mampu, tiada masalah. Kepada yang sederhana, terdapat banyak IPTS yang murah di Malaysia ini. Antaranya adalah;
1. Universiti Selangor (UNISEL)
2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
3. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Terdapat juga universiti dan kolej lain yang murah dan berpatutan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah bijak memilih dan membandingkan. 

Tiada apa yang penting selain 3 perkara tersebut. Selebihnya terserah pada anda dalam memilih program yang sesuai dengan kelayakan anda. Walaupun IPTS melonggarkan sedikit syarat kemasukan untuk ke sesuatu bidang, adalah dinasihatkan agar anda dapat 'ukur baju di badan sendiri'. Walaupun anda minat, anda perlu memahami kelebihan dan kekurangan anda. Kadang-kadang apa yang kita rasa baik untuk diri kita itu, bukanlah yang terbaik. Boleh jadi apa yang kita kurang suka itu, adalah yang baik untuk diri kita.

Tiada sesiapa yang mengenali diri anda kecuali anda sendiri. Jangan kerana minat tetapi tidak mampu itu yang akan merosakkan masa depan anda. Reputasi pelajar IPTS yang 'sedar diri' juga akan terjejas dek kerana orang yang tidak sedar diri. Walaupun kita minat dan suka terhadap sesuatu, tidak bermakna kita hebat apabila melakukannya. 
Jadi, kepada pelajar IPTS yang mendapat tawaran IPTA tetapi tidak berminat dengan program tersebut... jangan putus asa dengan kritikan orang lain terhadap pilihan yang telah kita lakukan. Mereka tidak berada di tempat kita untuk merasakan semuanya. Sebaliknya, bangkit dan buktikan. Tiada dalil yang mengatakan pelajar IPTA sahaja yang layak mendapat pekerjaan dan gaji yang lumayan setelah bekerja. HA HA HA. Semuanya bergantung pada rezeki. Akademik juga tidak menjanjikan kejayaan. Cuma, ilmu itu penting untuk kita teruskan kehidupan dan mendapat kehidupan yang baik jika kita bijak menguruskan. Ilmu pula luas, bukan mata pelajaran semata-mata. Ilmu menjahit, memasak, penyelenggaraan dan lain-lain juga bernaung di bawah konteks ilmu. Jadi, janganlah kita berfikiran sempit.

Jadi, kepada anda semua... tidak kiralah apa yang anda lakukan, pastikan ianya sesuatu yang berguna dan mampu menyumbang kembali kepada komuniti. Teruskan perkara yang baik, elakkan perkara yang tidak baik. Bersama-sama live our life!


Comments

  1. Aku suke tapikan bagaimana nak tw kite ni lyk kd uni Mana ek? Aku dak sastra spm OK xdpt upu msk form six, fotm six x OK. Nak GI mane dgn Umur dah 19 Mak oi rase mase terbuang la. Tlg guilde sikit

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts