Lawatan ke Pemulihan Dalam Komuniti!

Pada 20.2.2017 merupakan hari yang istimewa di mana saya berjaya merealisasikan impian saya. Impian meluangkan masa bersama yang 'teristimewa'. Walaupun perkara ini biasa dilakukan oleh orang di luar sana tapi agak berbeza bagi saya kerana sebagai seorang remaja yang berumur 18 tahun, dari keluarga sederhana saya cuba mewujudkan dan menguruskan persatuan sendiri, berurusan dengan pihak tertentu dengan sendiri , mencari dana sendiri selain daripada sumbangan ahli dan mengumpulkan ahli sendiri yang kini mempunyai 11 orang ahli, dan akhirnya saya berjaya menjalankan social work pertama. 

Terima Kasih kepada ibu saya Suhaili Mansor Kerana menyokong saya sepenuhnya dan membantu! Terima kasih juga kepada ahli kerana sudi menjadi menyertai. Tanpa rakan-rakan perkara ini mungkin sukar. Nurul sofia, Nur Qamarina, Nur Nada, Fateha NurNajwa, Alif Izhar, Ameir Hamzah, Havinash Rao, Hilmi, Amirul Asyraf dan Najmi. Tidak lupa pada yang menyumbang demi aktiviti ini. Arbakyah Imok Azah Mahani Omar Maznahman Jenah Naz Irah dan individu mulia yang menghantar kami naik van secara PERCUMA Hasmidah Kasdar dan lain-lain yang tiada laman sosial. Jasa kalian amat dihargai.
Tujuan utama kami adalah memberikan perhatian kepada mereka yang memerlukan kasih sayang dan membuat mereka sentiasa mendapat tempat di dunia ini. Terima kasih kepada pihak  Pdk Sri Gemilang Pdk kerana mengalu- alukan kedatangan kami. Memberikan kami peluang dan pengalaman. Menyambut baik salam pertama saya. Alhamdulilah, mari teruskan menyebarkan kasih sayang. Terima kasih!


PERCAYALAH BAHAWA SETIAP PERKARA BAIK AKAN DIBALAS BAIK!

  ( BlueBell Darul Ta'zim Society dan Guru PDK Seri Gemilang )


   ( Antara aktiviti menceriakan pelatih PDK )















 ( SEMOGA BERJUMPA LAGI!)


Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Semoga kami semua diberikan kesempatan lagi melakukan socialwork seperti ini. Semoga apa yang kami dapati pada hari tersebut dapat dimanfaatkan sehingga dewasa kelak. Terima kasih Allah!



Comments

Post a Comment

Popular Posts